Tuesday, 20 April 2010

Misi Kami/Our Mission

Misi ‘Parents for Marijuana S.E.A :
“Decriminalize Ganja di Malaysia”

Menghapuskan Sekatan
undang-undang terhadap Ganja (Hentikan Penalti Jenayah ke atas pemilikan/ penanaman/ pengedaran Ganja).
By Fid Long 20.04.2015

‘Parents for Marijuana SEA’ adalah rangkaian akar umbi yang terdiri daripada golongan ibu bapa dan warga awam lain di serata dunia, yang bimbang dengan penentangan terus menerus terhadap tumbuhan Ganja dan bagaimana ia memberi kesan yang sangat negatif kepada generasi masa depan di bumi ini. Kami memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran, mempromosikan pendidikan, dan mewujudkan perbincangan dalam komuniti tempatan.

Kepercayaan Parents for Marijuana mengenai kepelbagaian aspek GANJA:

Tumbuhan Ganja adalah sumber asli yang telah diperbaharui, diguna-pakai untuk kepelbagaian barangan kerana ia tahan lasak dan sumber serba guna yang telah lama diabaikan dan tidak diendahkan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

Undang-undang telah lama mengharamkan tumbuhan ini dan kini kerajaan seharusnya mengkaji semula rang undang-undang dan merombak sistem perundangan yang lapuk ini, kerana ia sudah tidak releven lagi. Hentikan Diskriminasi Ganja, hapuskan penalti jenayah untuk Ganja, kerana ia cara yang terbaik. Beberapa Negara telah meluluskan undang-undang decriminalizing Ganja. Biasanya, decriminalization bermaksud tidak dipenjarakan atau tiada rekod jenayah bagi kali pertama memiliki jumlah yang kecil untuk kegunaan peribadi. Pengendalian kes kesalahan pemilikan Ganja hanya disabitkan seumpama pelanggaran undang-undang trafik sahaja, tidak perlu dipenjarakan dan tiada rekod jenayah dicatatkan terhadap pesalah.

Kerajaan seharusnya membuat kajian dan penyelidikan secara terperinci dan menggunakan segala faedah dan kebaikan tumbuhan yang berpotensi ini untuk digunapakai dan menggalakan penanaman Ganja di penempatan tempatan supaya produk yang dihasilkan boleh dipasarkan di pasaran tempatan untuk warga awam dengan mengaturkan pemasaran secara bijak dan mengenakan cukai yang berpatutan agar tidak membebankan mana-mana pihak.

Seperti mana-mana ubat-ubatan yang sedia ada, Ganja tidak boleh sewenang-wenangnya disalahgunakan oleh remaja-remaja di bawah umur. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengawal penggunaan Ganja mengikut peraturan dan kebenaran perundangan serta diagnosis atau kajian diagnostik keadaan fizikal atau mental oleh pakar perubatan berlesen.


Berikutan Akses anak-anak remaja untuk memperolehi Ganja dengan sewenang-wenangnya, ia boleh di atasi melalui Legalisasi dan peraturan serta pengawalan oleh pihak-pihak berkuasa. Untuk memastikan Ganja tidak disalah gunakan oleh remaja-remaja bawah umur, pihak berkuasa perlu membanteras penjualan Ganja yang berleluasa di pasaran ‘gelap’ kerana ia tidak selamat dan berkemungkinan mengandugi bahan-bahan toksin yang merbahaya.

 Anak-anak harus dididik berkaitan dengan semua aspek mengenai Ganja; dari segi variasi perubatan, rekreasi, perindustrian, pertanian, alam sekitar, rohani, jasmani,  manfaat ekonomi, akibat dan risiko serta sejarah berkaitan dengan tumbuhan Ganja.


Maklumat umum.

Ganja telah didokumenkan dalam beberapa catatan sejarah bahawa penggunaannya secara meluas di seluruh dunia untuk kepelbagaian tujuan.
Euforia atau Kejahatan, ia bergantung pada sudut pandangan seseorang. Kami mahu terus belajar bersama dengan  anda tentang Ganja, ia memberi kesan yang amat besar pada industri perubatan yang terbaik dan bagaimana kami boleh menggunanya sebagai keperluan harian yang pelbagai. Kami ingin berkongsi resipi-resipi yang berbeza, cara penggunaan Ganja yang betul dan pelbagai faedah lain dan banyak lagi.

  • Sila layari page kami di https://m.facebook.com/Parents-For-Marijuana-SEA-832535536800724/


                                                               

No comments:

Post a Comment